22 May 2009

FIQH ISLAMI


APA ITU MUKTAZILAH, JABARIYYAH, AL-QADARIYYAH DAN SEBAGAINYA?


Antara golongan yang termasuk 72 aliran yang dihumban ke neraka ialah:


1. Jahmiyyah, iaitu golongan yang membuang seluruh atau sebahagian sifat-sifat uluhiyyah dan mengingkari kewujudan sifat uluhiyyah bersama zat ALLAH.


2. Musyabbihah, iaitu golongan yang menyamakan sifat-sifat ALLAH dengan makhluk-NYA sama ada secara keseluruhan atau sesetengah sifat sahaja. Berbeza dengan ahli sunnah wal jamaah, mereka menghimpunkan antara persamaan sifat dan penyucian (yang layak bagi ALLAH seperti disifatkan).


3. Jabariyyah, iaitu para pengikut Jahm bin Sofwan al-Turmuzi. Dinamakan jabariyyah kerana berpendapat bahawa hamba itu dipaksa melakukan semua perkara. Yang mampu melakukan semua perkara hanyalah ALLAH. Justeru, hamba bebas memilih amalan yang dirasakan mampu.


4. Qadariyyah, iaitu pengikut Ma’bad al-Juhani. Dialah yang mula-mula memperkatakan tentang masalah takdir. Antara iktikad batil mereka, segala perbuatan hamba sama ada ketaatan atau maksiat tidak termasuk ke dalam takdir (ketentuan) ALLAH. Justeru, manusia bebas menentukan takdir sendiri. Mereka menafikan bahawa ALLAH menyesatkan manusia atau berkehendak memberi hidayah kepada manusia. Merekalah golongan majusi yang diistilah oleh Nabi s.a.w di dalam hadis sebagai ‘majusi umat ini’.


5. Al-Murji-ah berasal dari kalimah irja’ bermaksud melambatkan kerana mereka mengakhirkan amalan daripada iman. Menurut mereka, setiap pelaku dosa besar tidak dianggap fasiq (berdosa). Mereka juga berpendapat dosa itu tidak menjejaskan iman begitu juga ketaatan tidak memberi kesan kepada kekufuran.


6. Muktazilah adalah golongan pengikut Wasil bin ‘Atho’ al-‘Uzzal. Antara iktikad batil mereka ialah pelaku dosa besar dianggap ahli maksiat tetapi dari segi keimanan mereka samar-samar. Golongan ini tidak dihukumkan kufur dan tidak dihukumkan beriman. Wallahu a’lam.

No comments: