27 December 2009

SaNtaPAn MaLAm bErsAma ProF SaLmAh =)



Sesudah maghrib, saya bersama sahabat saya yang lain bertolak ke rumah Prof Salmah bagi memenuhi jemputan makan malam bersamanya di rumahnya di Country Height, Kajang. Alhamdulilah, dapat bertemu sebahagian sahabat lain yang berdekatan antara satu sama lain. Kenangan manis ini sungguh bermakna bagiku. Malam itu, banyak nasihat dari Prof buat kami semua bagi meneruskan perjalanan di masa hadapan. Buat Prof Salmah..terima kasih atas segala ilmu yang diberikan, dan moga dirahmati Allaj selalu. Moga ukhwah kita semua berkekalan.insyaAllah =)..

24 December 2009

TaRbIYah.....

Bismillahirrahmanirahim..
Alhamdulilah..syukur pada Allah...dalam kesibukan diri dengan tugas yang sentiasa mengelilingi diri, sempatlah jua saya mencuri waktu untuk menghadiri daurah bersama Ust Anuar Solleh, YDP ISMA bhgn Hulu Langat pada 23 disember lepas. pulang dari kerja pukul 630, bersiap dan terus bergegas ke Pejabat ISMA di belakang PKNS Bangi. Hati ini kian lama merindui majlis ilmu agama seperti ini kerana di cuti semester ini, kurangnya program diadakan kerana akhwat ramai yang pulang ke kampung masing-masing. andai ada waktu terluang dan mengetahui adanya ceramah di mana-mana, jika tiada halangan, pasti akan kupergi.
Berbalik pada daurah yang kuhadiri ini, ia berkisar akan tentang konsep tarbiyah dan kepentingannya. menariknya, ramai akhwat yang menghadirinya terdiri dari berbagai IPT seperti UNITEN, KUIS, USIM, UKM dan KTT, masya Allah. sebahagian isi petikan dari ceramah itu akan kupaparkan di bawah.
Terdapat berbagai makna dan erti mengenai konsep tarbiyah ini. Pertama :
  • perkatan "tarbiyah" itu sendiri berasal dari perkataan "rabb" yang bermakna tuhan. Ini menunjukkan kepada kita, proses tarbiyah itu sendiri jelas daripada Allah swt. "Rabb" ini juga bererti "Al-Khaliq" yakni pencipta.
  • perkataan tarbiyah itu sendiri berkaitan dengan konsep tauhid rububiyah yang menjadi asas pegangan dalam akidah kita.

Jelas di sini, dari makna perkataan itu sendiri, kita sudah menyedari bahawa betapa pentingnya tarbiyah kerana ia jelas berkaitan dengan Allah swt dan ia adalah kaedah terbaik untuk kita mendekatkan diri dengan Allah swt serta mendalami islam. oleh itu, erti tarbiyah secara keseluruhannya adalah :

  • Tarbiyah adalah proses atau kaedah secara langsung atau tidak langsung untuk mendidik dan mengubah jiwa dan akhlak berlandaskan al-Quran dan Sunnah serta berpandukan sirah rasul.

Diriwayatkan dari Aishah r.a. apabila seseorang bertanya mengenai akhlak rasululllah saw, maka beliau menjawab "akhlak Rasululllah saw adalah al-quran".

sesudah memahami makna tarbiyah, kita berlanjutan pula pada rukun tarbiyah:

  • Bi'ah (persekitaran) : persekitaran adalah salah satu faktor utama bagi menjana proses tarbiyah yang berkesan. Oleh kerana itu, dalam usaha untuk mendidik jiwa dan rohani yang lebih berkesan bi'ah yang hasanah adalah perlu supaya praktikal amalan mudah dibawa.
  • Ilmu (sumber dan bahan tarbiyah) : sumber terbaik bagi kita sudah semestinya Al-quran dan Sunnah. dalam khutbah jumaat terakhir baginda saw, baginda berpesan pada umatnya agar tidak meninggalkan dua perkara ini sesudah hayat baginda iaitu "al-quran dan sunnah".
  • Murrabi (mursyid/mualim) : murabbi bermaksud orang yang menyampaikan ilmu. mereka ini boleh terdiri daripada ibubapa, guru, ilmuwan dan masyarakat itu sendiri.
  • mutarrabi : bermaksud orang yang menerima ilmu itu sendiri.

dan itu adalah secara ringkas makna dan rukun tarbiyah. sejurus sesudah mengetahui maknanya dan rukun dalam proses tarbiyah, kita mestilah mengetahui kepentingan tarbiyah itu sendiri.

Sejak awal penciptaan nabi Adam as, manusia telah dimuliakan oleh Allah swt terhadap makhluknya yang lain. Saat penciptaan nabi Adam as, semua malaikat diarahkan oleh Allah swt supaya sujud hormat menyembah Adam as, iblis laknatullah yang ingkar enggan menyembah Adam kerana takabbur. Manusia dimuliakan oleh Allah swt kerana :

  1. manusia dikurniakan akal dan ilmu
  2. manusia dilantik sebagai khalifah di muka bumi Allah ini
  3. jasad Adam as dicipta secara langsungnya dari Allah awt
  4. Allah sendiri yang meniupkan roh ke dalam jasad manusia di awal penciptaannya, maka wujudlah sifat "rohani" dalam jasad kita.
  5. Segala makhluk yang berada di dunia ini adalah khadam kepada manusia
  6. penghormatan ke atas manusia saat malaikat diperintahkan sujud kepada Adam as

terdapat dua unsur dalam diri manusia iaitu:

  1. jasad : disinilah segala perbuatan dan amalan dapat dilihat.
  2. rohani : dalam unsur rohani terdapat tiga aspek dapat dilihat iaitu
  • akal = di sinilah segala pengarahan terhadap amalan dan perilaku insan bermula.subhanallah.
  • nafsu = dalam aspek nafsu, terdapat tiga perkara yang terkandung di dalamnya iaitu "ammarah", "lawamah" dan "muttamai'nnah (ketenangan)".

semua unsur di atas perlu diberi perhatian di mana konsep tarbiyah diaplikasikan. kedua-dua unsur tadi adalah saling berkaitan. Hanya dengan tarbiyah, manusia dapat mengubah diri ke arah kebaikan dan membentuk jati diri muslim yang sejati.

"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubah sendiri"

di sini jelas, untuk mengubah diri sendiri menjadi lebih baik, maka terlebih dahulu kita kena berusaha untuk mengubah diri untuk mendekatkan diri dengan Allah. Salah satu cara untuk kita mujahadah adalah menerima dan mencari tarbiyah.

dalam surah asy-syams, ada menyebut :

" Allah mengilhamkan sumber kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bagi mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya"

di sini, kita dapat lihat Allah telah meletakkan dalam diri insann, dua jalan iaitu jalan lurus dan jalan keburukan. maka, dengan menggunakan akal yang diberi, kita perlu menilai mana yang baik dan buruk untuk diikuti. Dan inilah kepentingan tarbiyah, untuk memacu dan mengubah diri supaya kita berada pada jalan yang diredhai Allah swt. tarbiyah itu sendiri adalah jelas dari Allah swt, dan disampaikan melalui utusan Allah iaitu para Rasul.

Apa yang saya kupas di atas adalah serba sedikit ilmu yang ingin saya kongsi bersama anda semua. Moga ilmu ini walaupun sedikit dapat menjadi pedoman kita semua, insyaAllah.

03 December 2009

Misi Mencari CINTA ALLAH....

Pulangnya aku dari kampung halaman sesudah raya aidiladha, maka terbukalah alam baru dalam hidupku iaitu langkah ke alam pekerjaan. walaupun ianya adalah sekadar Latihan Industri, namun aku tekad mahu melaksanakannya sepenuh hati supaya kerjaku dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan mengharap redha Allah. Lantaran itu, aku ingin memperbaiki diri dan hati supaya hati aku lebih dekat dengan Allah. Misiku kali ini, untuk mencari CINTA ALLAH..
Di kampung, aku sering diusik kerana masih belum berpunya dan tidak berkawan dengan mana-mana lelaki. ya, aku sudah di tahun akhir, dan sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita apabila student di tahun akhir, masing-masing dah di'chop'. kadangkala, aku terasa dengan sindiran dan kata-kata mereka, malah membuatkan hatiku kadangkala gundah gelana. namun memikirkan aku masih dalam misi mencari cinta Allah, aku sabar, dan hanya menerangkan aku mahu fokus pada study dahulu. itulah alasan yang akan aku beri stiap kali, persoalan itu diajukan.
bukannya tiada mendekati, namun aku akan cuba berlari sejauh-jauhnya dari mereka kerana khuatir aku akan terjebak dalam kancah percintaan. "Ya Allah, selamatkanlah hati hambaMU ini, moga terlindung dari bisikan nafsu dan syaitan yang menggoda.aku sematkan di hati, bahawa hatiku ini hanya layak dimiliki oleh Allah, penciptaku. cintaku kedua pada Rasulku, Muhammad saw dan perjuangannya. sesudah itu suamiku, keluargaku dan saudara seagamaku. kukeraskan hati ini untuk menjauhi cinta manusia bernama "lelaki ajnabi" dari kamar hati ini kerana aku sedar, andai ianya bertapak, maka runtuhlah tembok kepada nafsu yang ingin kubina dalam misi mencari cinta Allah. Cinta ku sesudah Allah dan Rasul adalah untuk suamiku...
cubalah kalian fikirkankan, lahirnya kita kerana kita telah dipilih oleh Allah untuk hidup di dunia ini sebagai hambaNYA.. "diciptakan manusia dan jin untuk menyembahKU", maka selayaknya kita sebagai hamba melaksanakan perintahNYA dan patuh padaNYa..maka inilah prinsip yang ku pegang, Sirah rasul menjadi jalan hidup untuk beramal, serta amalan para sahabat dan tabi'in menjadi pedoman. maka janganlah kita lupa akan ini atau tidak mengendahkannya..andai ini dianggap remeh, maka jauhlah kita dari Allah taala..
bukanlah maksudku aku jauh dari cinta manusia, kerana andai kita mencari cinta Allah dan berlari menujuNYa, nescaya cinta manusia berada di dalam tangan kita, kerana setiap amalan bersandarkan redha dari Allah swt dan salah satunya ialah berbuat baik dengan manusia dan mencintai sesama muslim, nescaya manusia tertawan. "hablunminaAllah wa hablumminnanas".
"Aku mohon Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku ini agar aku tidak mudah tewas dengan dugaan kan mendatang, moga aku sentiasa dalam RahmatMu dan RedhoMu, kerana ku tahu hanya dengan cintaMUlah, aku mampu menemuiMu dengan penuh kecintaan dan mampu bertandang ke syurgaMu yang indah buat selamanya".
Oleh itu, sama-samalah kita berusaha mendekatiNYA dan berlari mengejar cintaNYA dahulu sebelum kita terkejar cinta yang lain dariNYA. masa masih ada, pintu taubat masih terbuka, dan rahmat Allah Maha Karya luasnya di muka bumi ini. tulisanku ini adalah luahan hati yang belum terucap, maka kulafazkannya agar ia menjadi pedoman dan dinding kukuh untukku terus beramal. akhir kata..........
"andai dirimu masih bujang, maka ruang waktu yang ada, gunakanlah ia untuk mencari ilmu agama dan ilmu rumahtangga agar kita sudah cukup bersedia untuk menempuh alam yang belum terlihat di masa akan datang, kuatkanlah jati dirimu dan gandakanlah amalanmu, bagi yang sudah berumah tangga, maka lengkaplah separuh dari agamamu, gunakanlah ia sebagai medan dakwah untuk mendidik ahli rumahtangga menuju redha Allah dan mencari CINTA ALLAH"