23 November 2009

kenangan terakhir bersama...rasa sayu menggamit diri...melihat gelak tawa sahabt seperjuangan..terkenang saat pertama kali bersua...terasa singkat masa berlalu..aku tersenyum sendirian.."hei, jai..awat tersyum sorang-sorang..berangan nak kahwin lah tuh" tertawa aku mendengar sahabtku menegur..pantang aja nampak orang termenung, kahwin pulak yang difikirkan..."ada plak khwin, asal nampak jai ja, kahwin..kahwin, cubalah nampak jai termenung cakap ingat master ka..heheheh" , "ala, muka kau tuh dah macam muka kena kahwin"...selamba ja dia membalas..aku tersenyum..ya, saat akhir sudah semakin menhampiri..sekarang aku akan membuka ruang baru dalam hidup ku setelah 3 tahun lebih di usim, latihan praktikal di unipaq....
hmm...terasa jauh sudah perjalanan ku ini, bermula dari tadika hingga ke tahun akhir pengajian ku dalam ijazah...banyak pengalaman hidup yang aku perolehi mengajar aku apa erti hidup di dunia ini dan perjalanan yang akan kuhadapi pada masa akan datang...subhanallah..sungguh cantik aturcara perjalanan hidupku...jikalau meniti kembali perjalanan hidupku dari sekolah rendah hinggala ke peringkat universiti, betapa agungnya Allah swt dalam membentuk aturcara perjalanan hidupku...andainya aku tidak memilih jalanNya...mungkin aku telah hanyut entah kemana....latar belakang keluargaku yang sederhana, bukanlah alasan bagiku untuk tidak boleh mngenal agama. bermula dari sekolah rendah, aku amat meminati subjek agama (walaupun tak sepandai manapun, hehehe). "abah..abah, hobi along suka dengar ceramah agama" terdengar suara seorang anak kecil berkata pada ayahnya..."baguslah gitu, moga along jadi orang yang baik"...dialog ini takkan kulupakan sampai bila-bila =)...titik perlajaran agamaku bermula dari sekolah menengah biasa..ya, bukan sekolah agama seperti yang disangka orang...aku memasuki kelas agama maliki...dari form 1 sampai form 3...aku tidak gemar berpakaian ketat, tidak suka bergaul bebas dan melepak di sana sini...kerana pada fikiranku ia kurang sopan (walaupn hakikatnya, aku kurang arif akan "kewajipan" dalam agama melarangnya) kerana masyarakat sekeliling sudah terbiasa...aku bertambah cenderung pada agama sejak kedatangan ustzh maudah..dialah yang banyak mengajar aku dan rakanku erti islam yang sebenar, kewajipan sebgai seorang muslim dan langkah-langkah mendekatkan diri dengan Allah..aku mula mengenal tahajud, solah taubat, dhuha, hajat....dan seangkatan denganya...alhamdulilah, dari pelajar yang biasa, pencapaian PMR ku cemerlang...dan membuka mata semua orang...aku terpegun dan bersyukur.betapa sayangnya dan kasih Allah pada hambaNYA...bertitik tolak dari sini, aku berazam utk lebih dekat dengan Allah, cuba mencari ilmu sebanyak mungkin...ibuku juga makin nampak perubahan dari segi penjagaan aurat dan amalan, begitu juga ahli keluarga ku yang lain...subhanallah walhamdulilah...kesimpulan bagiku, perjalanan yang diatur Allah sangat cantik bermula dari kecil hingga setelah PMR, SPM, matrikulasi dan kini setelah 22 tahun..di matrikulasi, aku mula memakai tudung labuh dan mula kenal akan gerakan usrah dan halaqah, cikgu kimiaku, cikgu haliza yang membawanya, sungguh..terasa indah saat itu sewaktu aku mnyertai usrah dan menjadi orang kuat masjid... pejalananku kemudian diteruskan di usim, di sini, aku mengenal erti dakwah secara berjemaah, fikiranku kian dewasa dan kematangan yang mulai mencorak diri, banyak perkara yang aku belajar disini mematangkan ku .....walaupun kadangkala pahitnya banyak, namun aku bersyukur, andai tiada peristiwa pahit, pasti aku jauh dari Allah..lalai dari mengingatiNYA...dan mungkin tidak mengenaliNYa...dan inilah jalan yang kupilih..."ihdinassirotolmustaqim" lafaz ayat ke-5 surah alfatihah...menjadi peganganku...
"dalam hati kita Allah memberi dua pilihan, satu jalan kebaikan dan satu lagi jalan keburukan, pilihla jalan yang kebaikan, agar diri kita bahagia..insyaAllah" bro amin idris memberi nasihat dalam ceramah motivasinya....otakku menerawang sebentar melihat zaman silamku, aku mengiyakannya...dan ternyata mmg benar..
sampai di sini sahaja coretan tentang diriku, untuk di masa akan datang, aku sentiasa berdoa moga Allah tetapkan jalan yang lurus dan baik buatku serta permudahkanlah urusanku..serta berada dalam perlindunganNYa...andai aku diberi ujian, moga iman ku makin bertambah, andai aku mendapat kesenangan, aku berharap aku menjadi antara orang yang sentiasa bersyukur, dan andai aku lalai, moga hati ini sentiasa terdetik untuk kembali bertaubat padaNYA...moga matiku nanti sebagai seorang muslim yang beriman..ameen..

16 November 2009

SPIES-Spritual; Physical; intellectual; emotional; social






kenangan yang indah..tak munkin kulupakan..baru-baru ini bermula 14 & 15 hrbln november, saya telah terlibat sebagai peserta dalam program belia SPIES tahap dua anjuran Hijrah Training Consultant. say mengetahui ttg program ini dari pensyarah saya iaitu Dr Azman. bak ibarat bidan terjun, kerana sehari sebelum program baru diberitahu, kelam labutlah saya pada malam itu untuk menyiapkan keperluan sebelum berangkat =p.


niat hanya kerana satu, untuk mencapai redha Allah dan mencari sesuatu yang baru. kami bertolak dari USIM pada pukul 8.30 pg dn tiba di Akademi Latihan dan Inovasi pada tepat 10.00 pg. kedatangan kami disambut oleh ust suhaimi, salah seorang petugas di situ. sangkaan awalnya, kami akan berada bersama pelajar dari U lain, ternyata ia jauh meleset. ketibaan pelajar berumur dari 12 tahun hingga 17 tahun ternyata memeranjatkan kami. rupanya, dalam pada masa yang sama kami perlu bertindak sebagai mentor kepada pelajar 'bermasalah' terbabit.


sepanjang program ini, saya diberikan amanah bertindak sebagai pemantau kepada semua adik-adik (maklumlah yang paling tua..hehe). paling merisaukan saya adalah pelajar perempuan yang agak di luar jangkaan. kesemua mereka datang dari PJ dn agak kurang pengetahuan ttg agama. Alhamdulilah, niat hanya satu, mahu membantu adik-adikku yg seagama supaya mengenal islam dan Allah swt serta Rasul saw walaupun dalam kadar yang sebentar.


sepanjang program ni kami disajikan dengan slot kepimpinan, aktiviti kayak, obstacle dn slot resolusi kejayaan. Alhamdulilah, aktiviti yang menarik bersama adik-adik tersayang dn dapat share ilmu bersama adik2. moga saya akan terlibat dalam program lain di masa akan datang dengan izin Allah, insyaAllah.

Selamat tinggal Usim..bermulalah pengalaman baru yang akan ditempuhi..

Alhamdulilah..sudah sekian lama rasanya saya tidak melawat blog ini..boleh dikatakan hampir 4 bulan. berbagai cerita menarik ingin dikongsi, namun, dalam keadaan diri yang terlalu sibuk dengan thesis dan perlajaran membuatkan saya jauh dari blog ini.
InsyaAllah, moga selepas ini saya berkesempatan untuk mengarang cerita, walaupun hanya lah sedikit :). Baru sahaja berlalu peperiksaan akhir seminggu yang lepas, kini kami berdepan dengan thesis dan presentation viva yang makin menghampiri..huhuhu...serabut dalam ketenangan...moga kami dapat mengatasinya ya Allah dan dapat memberikan yang terbaik untuk thesis kami ini. ameen.
tajuk saya "A new approach for synthesizing ferulate ester, a sunscreen agent via lipase-catalyzed reaction". doakan saya moga dapat memberi yang terbaik dalam presentation nanti.