22 May 2009

FIQH ISLAMI


APA ITU MUKTAZILAH, JABARIYYAH, AL-QADARIYYAH DAN SEBAGAINYA?


Antara golongan yang termasuk 72 aliran yang dihumban ke neraka ialah:


1. Jahmiyyah, iaitu golongan yang membuang seluruh atau sebahagian sifat-sifat uluhiyyah dan mengingkari kewujudan sifat uluhiyyah bersama zat ALLAH.


2. Musyabbihah, iaitu golongan yang menyamakan sifat-sifat ALLAH dengan makhluk-NYA sama ada secara keseluruhan atau sesetengah sifat sahaja. Berbeza dengan ahli sunnah wal jamaah, mereka menghimpunkan antara persamaan sifat dan penyucian (yang layak bagi ALLAH seperti disifatkan).


3. Jabariyyah, iaitu para pengikut Jahm bin Sofwan al-Turmuzi. Dinamakan jabariyyah kerana berpendapat bahawa hamba itu dipaksa melakukan semua perkara. Yang mampu melakukan semua perkara hanyalah ALLAH. Justeru, hamba bebas memilih amalan yang dirasakan mampu.


4. Qadariyyah, iaitu pengikut Ma’bad al-Juhani. Dialah yang mula-mula memperkatakan tentang masalah takdir. Antara iktikad batil mereka, segala perbuatan hamba sama ada ketaatan atau maksiat tidak termasuk ke dalam takdir (ketentuan) ALLAH. Justeru, manusia bebas menentukan takdir sendiri. Mereka menafikan bahawa ALLAH menyesatkan manusia atau berkehendak memberi hidayah kepada manusia. Merekalah golongan majusi yang diistilah oleh Nabi s.a.w di dalam hadis sebagai ‘majusi umat ini’.


5. Al-Murji-ah berasal dari kalimah irja’ bermaksud melambatkan kerana mereka mengakhirkan amalan daripada iman. Menurut mereka, setiap pelaku dosa besar tidak dianggap fasiq (berdosa). Mereka juga berpendapat dosa itu tidak menjejaskan iman begitu juga ketaatan tidak memberi kesan kepada kekufuran.


6. Muktazilah adalah golongan pengikut Wasil bin ‘Atho’ al-‘Uzzal. Antara iktikad batil mereka ialah pelaku dosa besar dianggap ahli maksiat tetapi dari segi keimanan mereka samar-samar. Golongan ini tidak dihukumkan kufur dan tidak dihukumkan beriman. Wallahu a’lam.

Lawatan Ke MARDI Srdang


Tiap-tiap hari yang berlalu ternyata sibuk buatku. Hari ini saya ditugaskan untuk menguruskan lawatan ke MARDI serdang sempena minggu Teknologi Makanan 22 dan 23 mei 2009. Seramai 39 orang peserta terlibat. Hari ini berlaku sedikit kelam kabut, huhuuhu..pakcik bas salah paham...saya plak kena marah..


apepun, harini ada pameran di mardi mengenai teknologi pemprosesan makanan terkini. Contohnya pemprosesan dodol selama 12 minit.Haa..camna leh jadi macam tuh??? mula-mula dodol dihasilkn secara premix melalui pemprosesan tertentu, then apabila sudah siap premix dodol, hanya perlu tambah air, minyak dan masak dalam microwave selama 12 minit dan siap.......


haa, banyak lagi yang ada kt sana seperti mesin pemprosesan biji durian, mesin bakar layan diri, mesin vacuum dryey and macam2 lagi...nak tahu lebih lanjut..pergilah melawat Mardi di pusat Teknologi Makanan=)

18 May 2009

Fiqh perbandingan..

Apa itu fiqh perbandingan ???


fiqh perbandingan atau dikenali sebagai al-Fiqh al-Muqaran membahaskan aneka pendapat tentang masalah fiqhiyah dan mengungkap ragam hukum amal seharian muslim..Apabila muncul satu masalah fiqh, mereka mengumpulkan dalil dan hujah dari hadis dan menimbang tara yang manakah paling kuat dan terpilih hukumnya berasaskan dalil2 yang paling kuat.


pelbagai manhaj digunakan oleh ulama' muktabar untuk menggunakan fiqh muqaran, contohnya:


  1. mencantumkan sebab perbezaan ulama' dalam satu hukum seperti buku Bidayah al-mujtahid( Ibn Rusyd)

  2. tidak menelusuri sebab terjadinya perbedaan, seperti buku Fiqh 'Ala Mazahib Arba'ah( Abdurrahaman al-Jaziri)

  3. melakukan perbandingan pendapat dari pelbagai mazhab, kemudian mengunggulkan mazhab yang dia ikuti, seperti buku al-Hawi al-Kabir(al-Mawardi)


Pada dasarnya, perbandingan fiqh adalah usaha utk memperkaya informasi fiqh dan mengatasi fanatisme pada mazhab. Tambahan pula, kita dapat mengetahui pendapat yang berbeza dari pelbagai mazhab.


Hikmahnya, muncul ia agar dapat berkumpul pelbagai pendapat dan dalil-dalil daripada pelbagai ulama islam dalam penuh keakraban dan jauh dari fanatisme terhadap mazhab:-)

Thesis oh.. thesis



Hari-hari yang dilalui ternyata semakin hari semakin sibuk lantaran kerja makmal yang semakin bertimbun..huhuuhu... experiment plak asyik fail. Tapi tak kisahlah kerana diri ini masih dalam proses try and error. Tambahan plak kerja Hafos and C-fest yang sentiasa memanggil untukku berlari ke sana sini menyebabkan saya seperti lipas kudung:-D. tapi tak kisahlah, saya Alhamdulilah rasa happy and best dapat menyibukkan diri. Tajuk thesis saya " Lipase catalyzed of Ferulate ester as sunscreen agent" ..haa, sapa ada maklumat leh kasi tau :-P


08 May 2009

World Halal Research;summit 2009

A 2 day programme held in Kuala Lumpur Convention Center was successfully done and organized by HDC( halal industry development center). This programme started from 7 may and 8 may are held in order to assembly all organisation and individual from all over the word to sit, listen and discuss about the halal progress in worldwide.
"Creating opportunities through science" are the theme for this programme where all those distinguisher speaker talk over the halal in science perspectives.The objective of this seminar is to promote the halal practice throughout the world and get updates regarding to the halal progress. There are 8 speakers were invite o give a talk.
  • Prof Yaakob Cheman, Presidents of Halal Research Institute UPM
  • Dr Iskandar, Malaysian palm Oil Berhad
  • Dr Abd Karim Alias, Universiti Sains Malaysia
  • Dr Azizi Ayob, Chief Scientific Officer, CCM pharmaceutical R&D center
  • Prof Joe M.Regenstein , Professor of food science, Cornell University
  • Prof M. Nadeem Riaz, Professor of Food science, Texas University

well, for me, i really get an advantage from this seminar and i hope it would further done with more top topics and new improvement. So many ideas and knowledge form this event. it was really great!!!.At last, during closing ceremony, the gene chip use to identify porcine or bovine pork in food sample are launching and it is was the first it all in the world. Congrates OLipro group(local company) with their best performance. All the best to all Halal practicer, May Allah Bless Us