25 January 2011

belum adakah cinta yang sudi buatku....


Sudah agak lama kiranya aku tidak mencoret di sini...mungkin kerana aku malas menulis ataupun kekangan masa...coretanku kali ini agak berbeza dari sebelum ini...iya, mungkin luahan hati ataupun sekadar perkara boleh dikongsi bersama...
usiaku pada 2011 kini mengjangkau 24 tahun...usia yang kukira sudah mula mengenal dunia luar dan cabaran untuk menerokanya...namun, jauh di sudut hatiku, masih tersimpan satu perasaan halus yang sukar dimengertikan.....CINTA~~~~

Aku masih tercari-carinya...mencari di setiap sudut namun tidak tahu samada sudah menemukannnya ataupun tidak...Cinta yg ingin kucoret disini..adalah cinta yg layaknya sebagai perempuan yang ingin dicintai oleh seorang lelaki yang halal bagiku....

melihat gambar di atas, gambar sahabtku yang telah berkahwin , mengjungkitkan rasa ingin bahagia seperti itu...hati kecilku kadangkala cemburu melihatnya...namun aku sedar, masa itu belum tiba...aku redha, namun doaku masih tidak putus supaya ada lelaki yang mampu memimpinku dan mahligaiku nanti..aku mendambakan lelaki yang beriman dan sederhana,...cukuplah..asalkan ia mampu memberi didikan agama buatku dan anak-anakku nnt...

namun, yang hadir kini....adalah yang "pelik-pelik", suami orang, lelaki yang berlagak alim, lelaki yang hanya mahu mempermainkanku....aku tak mahu memmberi cintaku pada lelaki seperti itu.....aku bukanlah mahu cinta yang sempurna...tetapi...............

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar...hadirkanlah cinta suci buat diriku....yang mencintaiMU, yang bisa membahagiakanku dunia dan akhirat~~~~~~~~~~~

14 October 2010

BILA LIHAT KEBURUKAN ORANG.............






Kita memang mudah melihat keburukan orang lain dan teramat susah untuk melihat keburukan diri sendiri. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita kaitkannya dengan diri kita. Contoh: Sedang kita duduk di masjid, datang seorang pemuda dan sembahyang. Kita lihat pemuda itu solat tak khusyuk, badannya goyang sana goyang sini. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la mamat ni, sembahyang tak khusyuk." Pada masa yg sama kita lupa yg kita sendiri pun sembahyang tak khusyuk! Kadang-kadang program untuk satu minggu pun kita boleh fikirkan masa tengah sembahyang. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita pastikan yg kita tidak melakukannya. Jika kita pun lakukan, maka hendaklah kita perbaiki diri kita. Selain itu, hendaklah kita lihat kebaikan orang lain. Macam contoh mamat tadi. Lihat kebaikannya. Hati kita akan berkata:"Bagus mamat ni, rajin datang masjid. Aku ni kadang-kadang je datang. Sembahyang Juamaat je aku selalu datang." Bila kita lihat kebaikan orang, hendaklah juga kita berusaha untuk baiki diri. Contoh 2: Masa kita dalam masjid tadi, datang pula seorang pakcik tua dan dia baca Qur'an. Kita dengar pakcik ni baca tersangkut-sangkut. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la pakcik ni, baca Qur'an pun tak betul." Pada masa yg sama, kita lupa yg kita ni dah berbulan-bulan tak baca Qur'an. Oleh itu, hendaklah kita lihat kebaikannya bukan keburukan orang lain. Sepatutnya kita berkata:"Bagus pakcik ni, rajin baca Qur'an." Banyak lagi contoh-contoh lain. WaAllahu 'Alam....

 


02 February 2010

hari ini adalah pemberian..manfaatkanlah sebaik baiknya... kerana semulia mulia hamba adalah yang paling tinggi takwanya.. semalam adalah sejarah buat kita....beristgfar lah kita untuknya..... dan bersyukur atas kurniaan hidayah dariNya..... kerana sebaik baik zikir adalah istghfar...dan sebaik baik doa adalah alhamdulillah.. esok adalah misteri.......yang padanya terletak angan angan... dan sebijak bijak manusia adalah yang sentiasa mengingati akan kematiannya... dan mempersiapkan diri untuk kehidupan sesudah mati....... dan terpeliharalah sebahagian iman didalam dada anak adam bila dalam hatinya menyintai saudara islamnya yang lain kerana Allah..... EpaL MeRah: bila tubuhmu lesu dan hilang semangat..ALLAH tahu kamu telah mencuba sedaya upaya...bila tangismu berpanjangandan hatimu kedukaan ALLAH telah mngirasetiap titis air mtamu bila dirimu terlanjur melakukan dosa..ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih x berhasil..ALLAH mngumpulkan segalanya untk 1 saat yg x terduga bila hati mu telh mngecapi kmanisan iman..ALLAH telh brda hmpir padamuuntk kurniakan kejyaan hakiki...hidup bhagia didunia dan akhirat.

04 January 2010


Saidina Uthman Ibnu affan r.a berkata:Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:


(1)Hatinya selalu berniat suci

(2)Lidahya selalu basah dgn zikrullah

(4)kedua matanya menagis kerana penyesalan terhadap dosa-dosa

(5)Segala pekara yang dihadapinya dgn sabar dan tabah

(6)Mengutamakan kehidupan akhirat dari kehidupan dunia..

Seorang sufi bercerita tentang perjalanan jiwanya Dia berkata : Hatiku pernah gelisah memikirkan lima perkara Sehingga aku sibuk mencari jawabannya Ternyata aku mendapatkannya dalam lima perkara pula, Pertama, aku mencari berkah dalam mengejar keperluan hidup Aku menemukannya saat aku melakukan Shalat Dhuha Kedua, aku mencari penerang dalam alam kubur Aku menemukannya saat aku melakukan Shalat Malam Ketiga, aku mencari jawaban untuk pertanyaan Munkar dan Nakir Aku menemukannya saat aku membaca Al Qur’an Keempat, aku mencari alat pegangan saat meniti Shiratal Mustaqim Aku menemukannya saat aku berpuasa dan bersedekah Dan kelima, aku mencari naungan Arasy Dan aku menemukannya saat aku mengasingkan diri dan beribadah kepada Allah Sekarang hatiku beristirahat dengan tenang.....

27 December 2009

SaNtaPAn MaLAm bErsAma ProF SaLmAh =)



Sesudah maghrib, saya bersama sahabat saya yang lain bertolak ke rumah Prof Salmah bagi memenuhi jemputan makan malam bersamanya di rumahnya di Country Height, Kajang. Alhamdulilah, dapat bertemu sebahagian sahabat lain yang berdekatan antara satu sama lain. Kenangan manis ini sungguh bermakna bagiku. Malam itu, banyak nasihat dari Prof buat kami semua bagi meneruskan perjalanan di masa hadapan. Buat Prof Salmah..terima kasih atas segala ilmu yang diberikan, dan moga dirahmati Allaj selalu. Moga ukhwah kita semua berkekalan.insyaAllah =)..

24 December 2009

TaRbIYah.....

Bismillahirrahmanirahim..
Alhamdulilah..syukur pada Allah...dalam kesibukan diri dengan tugas yang sentiasa mengelilingi diri, sempatlah jua saya mencuri waktu untuk menghadiri daurah bersama Ust Anuar Solleh, YDP ISMA bhgn Hulu Langat pada 23 disember lepas. pulang dari kerja pukul 630, bersiap dan terus bergegas ke Pejabat ISMA di belakang PKNS Bangi. Hati ini kian lama merindui majlis ilmu agama seperti ini kerana di cuti semester ini, kurangnya program diadakan kerana akhwat ramai yang pulang ke kampung masing-masing. andai ada waktu terluang dan mengetahui adanya ceramah di mana-mana, jika tiada halangan, pasti akan kupergi.
Berbalik pada daurah yang kuhadiri ini, ia berkisar akan tentang konsep tarbiyah dan kepentingannya. menariknya, ramai akhwat yang menghadirinya terdiri dari berbagai IPT seperti UNITEN, KUIS, USIM, UKM dan KTT, masya Allah. sebahagian isi petikan dari ceramah itu akan kupaparkan di bawah.
Terdapat berbagai makna dan erti mengenai konsep tarbiyah ini. Pertama :
  • perkatan "tarbiyah" itu sendiri berasal dari perkataan "rabb" yang bermakna tuhan. Ini menunjukkan kepada kita, proses tarbiyah itu sendiri jelas daripada Allah swt. "Rabb" ini juga bererti "Al-Khaliq" yakni pencipta.
  • perkataan tarbiyah itu sendiri berkaitan dengan konsep tauhid rububiyah yang menjadi asas pegangan dalam akidah kita.

Jelas di sini, dari makna perkataan itu sendiri, kita sudah menyedari bahawa betapa pentingnya tarbiyah kerana ia jelas berkaitan dengan Allah swt dan ia adalah kaedah terbaik untuk kita mendekatkan diri dengan Allah swt serta mendalami islam. oleh itu, erti tarbiyah secara keseluruhannya adalah :

  • Tarbiyah adalah proses atau kaedah secara langsung atau tidak langsung untuk mendidik dan mengubah jiwa dan akhlak berlandaskan al-Quran dan Sunnah serta berpandukan sirah rasul.

Diriwayatkan dari Aishah r.a. apabila seseorang bertanya mengenai akhlak rasululllah saw, maka beliau menjawab "akhlak Rasululllah saw adalah al-quran".

sesudah memahami makna tarbiyah, kita berlanjutan pula pada rukun tarbiyah:

  • Bi'ah (persekitaran) : persekitaran adalah salah satu faktor utama bagi menjana proses tarbiyah yang berkesan. Oleh kerana itu, dalam usaha untuk mendidik jiwa dan rohani yang lebih berkesan bi'ah yang hasanah adalah perlu supaya praktikal amalan mudah dibawa.
  • Ilmu (sumber dan bahan tarbiyah) : sumber terbaik bagi kita sudah semestinya Al-quran dan Sunnah. dalam khutbah jumaat terakhir baginda saw, baginda berpesan pada umatnya agar tidak meninggalkan dua perkara ini sesudah hayat baginda iaitu "al-quran dan sunnah".
  • Murrabi (mursyid/mualim) : murabbi bermaksud orang yang menyampaikan ilmu. mereka ini boleh terdiri daripada ibubapa, guru, ilmuwan dan masyarakat itu sendiri.
  • mutarrabi : bermaksud orang yang menerima ilmu itu sendiri.

dan itu adalah secara ringkas makna dan rukun tarbiyah. sejurus sesudah mengetahui maknanya dan rukun dalam proses tarbiyah, kita mestilah mengetahui kepentingan tarbiyah itu sendiri.

Sejak awal penciptaan nabi Adam as, manusia telah dimuliakan oleh Allah swt terhadap makhluknya yang lain. Saat penciptaan nabi Adam as, semua malaikat diarahkan oleh Allah swt supaya sujud hormat menyembah Adam as, iblis laknatullah yang ingkar enggan menyembah Adam kerana takabbur. Manusia dimuliakan oleh Allah swt kerana :

  1. manusia dikurniakan akal dan ilmu
  2. manusia dilantik sebagai khalifah di muka bumi Allah ini
  3. jasad Adam as dicipta secara langsungnya dari Allah awt
  4. Allah sendiri yang meniupkan roh ke dalam jasad manusia di awal penciptaannya, maka wujudlah sifat "rohani" dalam jasad kita.
  5. Segala makhluk yang berada di dunia ini adalah khadam kepada manusia
  6. penghormatan ke atas manusia saat malaikat diperintahkan sujud kepada Adam as

terdapat dua unsur dalam diri manusia iaitu:

  1. jasad : disinilah segala perbuatan dan amalan dapat dilihat.
  2. rohani : dalam unsur rohani terdapat tiga aspek dapat dilihat iaitu
  • akal = di sinilah segala pengarahan terhadap amalan dan perilaku insan bermula.subhanallah.
  • nafsu = dalam aspek nafsu, terdapat tiga perkara yang terkandung di dalamnya iaitu "ammarah", "lawamah" dan "muttamai'nnah (ketenangan)".

semua unsur di atas perlu diberi perhatian di mana konsep tarbiyah diaplikasikan. kedua-dua unsur tadi adalah saling berkaitan. Hanya dengan tarbiyah, manusia dapat mengubah diri ke arah kebaikan dan membentuk jati diri muslim yang sejati.

"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubah sendiri"

di sini jelas, untuk mengubah diri sendiri menjadi lebih baik, maka terlebih dahulu kita kena berusaha untuk mengubah diri untuk mendekatkan diri dengan Allah. Salah satu cara untuk kita mujahadah adalah menerima dan mencari tarbiyah.

dalam surah asy-syams, ada menyebut :

" Allah mengilhamkan sumber kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bagi mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya"

di sini, kita dapat lihat Allah telah meletakkan dalam diri insann, dua jalan iaitu jalan lurus dan jalan keburukan. maka, dengan menggunakan akal yang diberi, kita perlu menilai mana yang baik dan buruk untuk diikuti. Dan inilah kepentingan tarbiyah, untuk memacu dan mengubah diri supaya kita berada pada jalan yang diredhai Allah swt. tarbiyah itu sendiri adalah jelas dari Allah swt, dan disampaikan melalui utusan Allah iaitu para Rasul.

Apa yang saya kupas di atas adalah serba sedikit ilmu yang ingin saya kongsi bersama anda semua. Moga ilmu ini walaupun sedikit dapat menjadi pedoman kita semua, insyaAllah.

03 December 2009

Misi Mencari CINTA ALLAH....

Pulangnya aku dari kampung halaman sesudah raya aidiladha, maka terbukalah alam baru dalam hidupku iaitu langkah ke alam pekerjaan. walaupun ianya adalah sekadar Latihan Industri, namun aku tekad mahu melaksanakannya sepenuh hati supaya kerjaku dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan mengharap redha Allah. Lantaran itu, aku ingin memperbaiki diri dan hati supaya hati aku lebih dekat dengan Allah. Misiku kali ini, untuk mencari CINTA ALLAH..
Di kampung, aku sering diusik kerana masih belum berpunya dan tidak berkawan dengan mana-mana lelaki. ya, aku sudah di tahun akhir, dan sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita apabila student di tahun akhir, masing-masing dah di'chop'. kadangkala, aku terasa dengan sindiran dan kata-kata mereka, malah membuatkan hatiku kadangkala gundah gelana. namun memikirkan aku masih dalam misi mencari cinta Allah, aku sabar, dan hanya menerangkan aku mahu fokus pada study dahulu. itulah alasan yang akan aku beri stiap kali, persoalan itu diajukan.
bukannya tiada mendekati, namun aku akan cuba berlari sejauh-jauhnya dari mereka kerana khuatir aku akan terjebak dalam kancah percintaan. "Ya Allah, selamatkanlah hati hambaMU ini, moga terlindung dari bisikan nafsu dan syaitan yang menggoda.aku sematkan di hati, bahawa hatiku ini hanya layak dimiliki oleh Allah, penciptaku. cintaku kedua pada Rasulku, Muhammad saw dan perjuangannya. sesudah itu suamiku, keluargaku dan saudara seagamaku. kukeraskan hati ini untuk menjauhi cinta manusia bernama "lelaki ajnabi" dari kamar hati ini kerana aku sedar, andai ianya bertapak, maka runtuhlah tembok kepada nafsu yang ingin kubina dalam misi mencari cinta Allah. Cinta ku sesudah Allah dan Rasul adalah untuk suamiku...
cubalah kalian fikirkankan, lahirnya kita kerana kita telah dipilih oleh Allah untuk hidup di dunia ini sebagai hambaNYA.. "diciptakan manusia dan jin untuk menyembahKU", maka selayaknya kita sebagai hamba melaksanakan perintahNYA dan patuh padaNYa..maka inilah prinsip yang ku pegang, Sirah rasul menjadi jalan hidup untuk beramal, serta amalan para sahabat dan tabi'in menjadi pedoman. maka janganlah kita lupa akan ini atau tidak mengendahkannya..andai ini dianggap remeh, maka jauhlah kita dari Allah taala..
bukanlah maksudku aku jauh dari cinta manusia, kerana andai kita mencari cinta Allah dan berlari menujuNYa, nescaya cinta manusia berada di dalam tangan kita, kerana setiap amalan bersandarkan redha dari Allah swt dan salah satunya ialah berbuat baik dengan manusia dan mencintai sesama muslim, nescaya manusia tertawan. "hablunminaAllah wa hablumminnanas".
"Aku mohon Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku ini agar aku tidak mudah tewas dengan dugaan kan mendatang, moga aku sentiasa dalam RahmatMu dan RedhoMu, kerana ku tahu hanya dengan cintaMUlah, aku mampu menemuiMu dengan penuh kecintaan dan mampu bertandang ke syurgaMu yang indah buat selamanya".
Oleh itu, sama-samalah kita berusaha mendekatiNYA dan berlari mengejar cintaNYA dahulu sebelum kita terkejar cinta yang lain dariNYA. masa masih ada, pintu taubat masih terbuka, dan rahmat Allah Maha Karya luasnya di muka bumi ini. tulisanku ini adalah luahan hati yang belum terucap, maka kulafazkannya agar ia menjadi pedoman dan dinding kukuh untukku terus beramal. akhir kata..........
"andai dirimu masih bujang, maka ruang waktu yang ada, gunakanlah ia untuk mencari ilmu agama dan ilmu rumahtangga agar kita sudah cukup bersedia untuk menempuh alam yang belum terlihat di masa akan datang, kuatkanlah jati dirimu dan gandakanlah amalanmu, bagi yang sudah berumah tangga, maka lengkaplah separuh dari agamamu, gunakanlah ia sebagai medan dakwah untuk mendidik ahli rumahtangga menuju redha Allah dan mencari CINTA ALLAH"