03 December 2009

Misi Mencari CINTA ALLAH....

Pulangnya aku dari kampung halaman sesudah raya aidiladha, maka terbukalah alam baru dalam hidupku iaitu langkah ke alam pekerjaan. walaupun ianya adalah sekadar Latihan Industri, namun aku tekad mahu melaksanakannya sepenuh hati supaya kerjaku dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan mengharap redha Allah. Lantaran itu, aku ingin memperbaiki diri dan hati supaya hati aku lebih dekat dengan Allah. Misiku kali ini, untuk mencari CINTA ALLAH..
Di kampung, aku sering diusik kerana masih belum berpunya dan tidak berkawan dengan mana-mana lelaki. ya, aku sudah di tahun akhir, dan sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita apabila student di tahun akhir, masing-masing dah di'chop'. kadangkala, aku terasa dengan sindiran dan kata-kata mereka, malah membuatkan hatiku kadangkala gundah gelana. namun memikirkan aku masih dalam misi mencari cinta Allah, aku sabar, dan hanya menerangkan aku mahu fokus pada study dahulu. itulah alasan yang akan aku beri stiap kali, persoalan itu diajukan.
bukannya tiada mendekati, namun aku akan cuba berlari sejauh-jauhnya dari mereka kerana khuatir aku akan terjebak dalam kancah percintaan. "Ya Allah, selamatkanlah hati hambaMU ini, moga terlindung dari bisikan nafsu dan syaitan yang menggoda.aku sematkan di hati, bahawa hatiku ini hanya layak dimiliki oleh Allah, penciptaku. cintaku kedua pada Rasulku, Muhammad saw dan perjuangannya. sesudah itu suamiku, keluargaku dan saudara seagamaku. kukeraskan hati ini untuk menjauhi cinta manusia bernama "lelaki ajnabi" dari kamar hati ini kerana aku sedar, andai ianya bertapak, maka runtuhlah tembok kepada nafsu yang ingin kubina dalam misi mencari cinta Allah. Cinta ku sesudah Allah dan Rasul adalah untuk suamiku...
cubalah kalian fikirkankan, lahirnya kita kerana kita telah dipilih oleh Allah untuk hidup di dunia ini sebagai hambaNYA.. "diciptakan manusia dan jin untuk menyembahKU", maka selayaknya kita sebagai hamba melaksanakan perintahNYA dan patuh padaNYa..maka inilah prinsip yang ku pegang, Sirah rasul menjadi jalan hidup untuk beramal, serta amalan para sahabat dan tabi'in menjadi pedoman. maka janganlah kita lupa akan ini atau tidak mengendahkannya..andai ini dianggap remeh, maka jauhlah kita dari Allah taala..
bukanlah maksudku aku jauh dari cinta manusia, kerana andai kita mencari cinta Allah dan berlari menujuNYa, nescaya cinta manusia berada di dalam tangan kita, kerana setiap amalan bersandarkan redha dari Allah swt dan salah satunya ialah berbuat baik dengan manusia dan mencintai sesama muslim, nescaya manusia tertawan. "hablunminaAllah wa hablumminnanas".
"Aku mohon Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku ini agar aku tidak mudah tewas dengan dugaan kan mendatang, moga aku sentiasa dalam RahmatMu dan RedhoMu, kerana ku tahu hanya dengan cintaMUlah, aku mampu menemuiMu dengan penuh kecintaan dan mampu bertandang ke syurgaMu yang indah buat selamanya".
Oleh itu, sama-samalah kita berusaha mendekatiNYA dan berlari mengejar cintaNYA dahulu sebelum kita terkejar cinta yang lain dariNYA. masa masih ada, pintu taubat masih terbuka, dan rahmat Allah Maha Karya luasnya di muka bumi ini. tulisanku ini adalah luahan hati yang belum terucap, maka kulafazkannya agar ia menjadi pedoman dan dinding kukuh untukku terus beramal. akhir kata..........
"andai dirimu masih bujang, maka ruang waktu yang ada, gunakanlah ia untuk mencari ilmu agama dan ilmu rumahtangga agar kita sudah cukup bersedia untuk menempuh alam yang belum terlihat di masa akan datang, kuatkanlah jati dirimu dan gandakanlah amalanmu, bagi yang sudah berumah tangga, maka lengkaplah separuh dari agamamu, gunakanlah ia sebagai medan dakwah untuk mendidik ahli rumahtangga menuju redha Allah dan mencari CINTA ALLAH"

No comments: