16 November 2009

SPIES-Spritual; Physical; intellectual; emotional; social






kenangan yang indah..tak munkin kulupakan..baru-baru ini bermula 14 & 15 hrbln november, saya telah terlibat sebagai peserta dalam program belia SPIES tahap dua anjuran Hijrah Training Consultant. say mengetahui ttg program ini dari pensyarah saya iaitu Dr Azman. bak ibarat bidan terjun, kerana sehari sebelum program baru diberitahu, kelam labutlah saya pada malam itu untuk menyiapkan keperluan sebelum berangkat =p.


niat hanya kerana satu, untuk mencapai redha Allah dan mencari sesuatu yang baru. kami bertolak dari USIM pada pukul 8.30 pg dn tiba di Akademi Latihan dan Inovasi pada tepat 10.00 pg. kedatangan kami disambut oleh ust suhaimi, salah seorang petugas di situ. sangkaan awalnya, kami akan berada bersama pelajar dari U lain, ternyata ia jauh meleset. ketibaan pelajar berumur dari 12 tahun hingga 17 tahun ternyata memeranjatkan kami. rupanya, dalam pada masa yang sama kami perlu bertindak sebagai mentor kepada pelajar 'bermasalah' terbabit.


sepanjang program ini, saya diberikan amanah bertindak sebagai pemantau kepada semua adik-adik (maklumlah yang paling tua..hehe). paling merisaukan saya adalah pelajar perempuan yang agak di luar jangkaan. kesemua mereka datang dari PJ dn agak kurang pengetahuan ttg agama. Alhamdulilah, niat hanya satu, mahu membantu adik-adikku yg seagama supaya mengenal islam dan Allah swt serta Rasul saw walaupun dalam kadar yang sebentar.


sepanjang program ni kami disajikan dengan slot kepimpinan, aktiviti kayak, obstacle dn slot resolusi kejayaan. Alhamdulilah, aktiviti yang menarik bersama adik-adik tersayang dn dapat share ilmu bersama adik2. moga saya akan terlibat dalam program lain di masa akan datang dengan izin Allah, insyaAllah.

2 comments:

araz fingo 2020 said...

tinggal kenangan ? nanti ada masa jemput datang lagi.

Noor Jaini said...

insyaAllah..ada masa..bolehla ust panggil ana lagi...