18 May 2009

Fiqh perbandingan..

Apa itu fiqh perbandingan ???


fiqh perbandingan atau dikenali sebagai al-Fiqh al-Muqaran membahaskan aneka pendapat tentang masalah fiqhiyah dan mengungkap ragam hukum amal seharian muslim..Apabila muncul satu masalah fiqh, mereka mengumpulkan dalil dan hujah dari hadis dan menimbang tara yang manakah paling kuat dan terpilih hukumnya berasaskan dalil2 yang paling kuat.


pelbagai manhaj digunakan oleh ulama' muktabar untuk menggunakan fiqh muqaran, contohnya:


  1. mencantumkan sebab perbezaan ulama' dalam satu hukum seperti buku Bidayah al-mujtahid( Ibn Rusyd)

  2. tidak menelusuri sebab terjadinya perbedaan, seperti buku Fiqh 'Ala Mazahib Arba'ah( Abdurrahaman al-Jaziri)

  3. melakukan perbandingan pendapat dari pelbagai mazhab, kemudian mengunggulkan mazhab yang dia ikuti, seperti buku al-Hawi al-Kabir(al-Mawardi)


Pada dasarnya, perbandingan fiqh adalah usaha utk memperkaya informasi fiqh dan mengatasi fanatisme pada mazhab. Tambahan pula, kita dapat mengetahui pendapat yang berbeza dari pelbagai mazhab.


Hikmahnya, muncul ia agar dapat berkumpul pelbagai pendapat dan dalil-dalil daripada pelbagai ulama islam dalam penuh keakraban dan jauh dari fanatisme terhadap mazhab:-)

No comments: