
25 January 2011
belum adakah cinta yang sudi buatku....

14 October 2010
BILA LIHAT KEBURUKAN ORANG.............


Kita memang mudah melihat keburukan orang lain dan teramat susah untuk melihat keburukan diri sendiri. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita kaitkannya dengan diri kita. Contoh: Sedang kita duduk di masjid, datang seorang pemuda dan sembahyang. Kita lihat pemuda itu solat tak khusyuk, badannya goyang sana goyang sini. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la mamat ni, sembahyang tak khusyuk." Pada masa yg sama kita lupa yg kita sendiri pun sembahyang tak khusyuk! Kadang-kadang program untuk satu minggu pun kita boleh fikirkan masa tengah sembahyang. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita pastikan yg kita tidak melakukannya. Jika kita pun lakukan, maka hendaklah kita perbaiki diri kita. Selain itu, hendaklah kita lihat kebaikan orang lain. Macam contoh mamat tadi. Lihat kebaikannya. Hati kita akan berkata:"Bagus mamat ni, rajin datang masjid. Aku ni kadang-kadang je datang. Sembahyang Juamaat je aku selalu datang." Bila kita lihat kebaikan orang, hendaklah juga kita berusaha untuk baiki diri. Contoh 2: Masa kita dalam masjid tadi, datang pula seorang pakcik tua dan dia baca Qur'an. Kita dengar pakcik ni baca tersangkut-sangkut. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la pakcik ni, baca Qur'an pun tak betul." Pada masa yg sama, kita lupa yg kita ni dah berbulan-bulan tak baca Qur'an. Oleh itu, hendaklah kita lihat kebaikannya bukan keburukan orang lain. Sepatutnya kita berkata:"Bagus pakcik ni, rajin baca Qur'an." Banyak lagi contoh-contoh lain. WaAllahu 'Alam....
02 February 2010
04 January 2010

Seorang sufi bercerita tentang perjalanan jiwanya Dia berkata : Hatiku pernah gelisah memikirkan lima perkara Sehingga aku sibuk mencari jawabannya Ternyata aku mendapatkannya dalam lima perkara pula, Pertama, aku mencari berkah dalam mengejar keperluan hidup Aku menemukannya saat aku melakukan Shalat Dhuha Kedua, aku mencari penerang dalam alam kubur Aku menemukannya saat aku melakukan Shalat Malam Ketiga, aku mencari jawaban untuk pertanyaan Munkar dan Nakir Aku menemukannya saat aku membaca Al Qur’an Keempat, aku mencari alat pegangan saat meniti Shiratal Mustaqim Aku menemukannya saat aku berpuasa dan bersedekah Dan kelima, aku mencari naungan Arasy Dan aku menemukannya saat aku mengasingkan diri dan beribadah kepada Allah Sekarang hatiku beristirahat dengan tenang.....
27 December 2009
SaNtaPAn MaLAm bErsAma ProF SaLmAh =)


24 December 2009
TaRbIYah.....
- perkatan "tarbiyah" itu sendiri berasal dari perkataan "rabb" yang bermakna tuhan. Ini menunjukkan kepada kita, proses tarbiyah itu sendiri jelas daripada Allah swt. "Rabb" ini juga bererti "Al-Khaliq" yakni pencipta.
- perkataan tarbiyah itu sendiri berkaitan dengan konsep tauhid rububiyah yang menjadi asas pegangan dalam akidah kita.
Jelas di sini, dari makna perkataan itu sendiri, kita sudah menyedari bahawa betapa pentingnya tarbiyah kerana ia jelas berkaitan dengan Allah swt dan ia adalah kaedah terbaik untuk kita mendekatkan diri dengan Allah swt serta mendalami islam. oleh itu, erti tarbiyah secara keseluruhannya adalah :
- Tarbiyah adalah proses atau kaedah secara langsung atau tidak langsung untuk mendidik dan mengubah jiwa dan akhlak berlandaskan al-Quran dan Sunnah serta berpandukan sirah rasul.
Diriwayatkan dari Aishah r.a. apabila seseorang bertanya mengenai akhlak rasululllah saw, maka beliau menjawab "akhlak Rasululllah saw adalah al-quran".
sesudah memahami makna tarbiyah, kita berlanjutan pula pada rukun tarbiyah:
- Bi'ah (persekitaran) : persekitaran adalah salah satu faktor utama bagi menjana proses tarbiyah yang berkesan. Oleh kerana itu, dalam usaha untuk mendidik jiwa dan rohani yang lebih berkesan bi'ah yang hasanah adalah perlu supaya praktikal amalan mudah dibawa.
- Ilmu (sumber dan bahan tarbiyah) : sumber terbaik bagi kita sudah semestinya Al-quran dan Sunnah. dalam khutbah jumaat terakhir baginda saw, baginda berpesan pada umatnya agar tidak meninggalkan dua perkara ini sesudah hayat baginda iaitu "al-quran dan sunnah".
- Murrabi (mursyid/mualim) : murabbi bermaksud orang yang menyampaikan ilmu. mereka ini boleh terdiri daripada ibubapa, guru, ilmuwan dan masyarakat itu sendiri.
- mutarrabi : bermaksud orang yang menerima ilmu itu sendiri.
dan itu adalah secara ringkas makna dan rukun tarbiyah. sejurus sesudah mengetahui maknanya dan rukun dalam proses tarbiyah, kita mestilah mengetahui kepentingan tarbiyah itu sendiri.
Sejak awal penciptaan nabi Adam as, manusia telah dimuliakan oleh Allah swt terhadap makhluknya yang lain. Saat penciptaan nabi Adam as, semua malaikat diarahkan oleh Allah swt supaya sujud hormat menyembah Adam as, iblis laknatullah yang ingkar enggan menyembah Adam kerana takabbur. Manusia dimuliakan oleh Allah swt kerana :
- manusia dikurniakan akal dan ilmu
- manusia dilantik sebagai khalifah di muka bumi Allah ini
- jasad Adam as dicipta secara langsungnya dari Allah awt
- Allah sendiri yang meniupkan roh ke dalam jasad manusia di awal penciptaannya, maka wujudlah sifat "rohani" dalam jasad kita.
- Segala makhluk yang berada di dunia ini adalah khadam kepada manusia
- penghormatan ke atas manusia saat malaikat diperintahkan sujud kepada Adam as
terdapat dua unsur dalam diri manusia iaitu:
- jasad : disinilah segala perbuatan dan amalan dapat dilihat.
- rohani : dalam unsur rohani terdapat tiga aspek dapat dilihat iaitu
- akal = di sinilah segala pengarahan terhadap amalan dan perilaku insan bermula.subhanallah.
- nafsu = dalam aspek nafsu, terdapat tiga perkara yang terkandung di dalamnya iaitu "ammarah", "lawamah" dan "muttamai'nnah (ketenangan)".
semua unsur di atas perlu diberi perhatian di mana konsep tarbiyah diaplikasikan. kedua-dua unsur tadi adalah saling berkaitan. Hanya dengan tarbiyah, manusia dapat mengubah diri ke arah kebaikan dan membentuk jati diri muslim yang sejati.
"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubah sendiri"
di sini jelas, untuk mengubah diri sendiri menjadi lebih baik, maka terlebih dahulu kita kena berusaha untuk mengubah diri untuk mendekatkan diri dengan Allah. Salah satu cara untuk kita mujahadah adalah menerima dan mencari tarbiyah.
dalam surah asy-syams, ada menyebut :
" Allah mengilhamkan sumber kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bagi mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya"
di sini, kita dapat lihat Allah telah meletakkan dalam diri insann, dua jalan iaitu jalan lurus dan jalan keburukan. maka, dengan menggunakan akal yang diberi, kita perlu menilai mana yang baik dan buruk untuk diikuti. Dan inilah kepentingan tarbiyah, untuk memacu dan mengubah diri supaya kita berada pada jalan yang diredhai Allah swt. tarbiyah itu sendiri adalah jelas dari Allah swt, dan disampaikan melalui utusan Allah iaitu para Rasul.
Apa yang saya kupas di atas adalah serba sedikit ilmu yang ingin saya kongsi bersama anda semua. Moga ilmu ini walaupun sedikit dapat menjadi pedoman kita semua, insyaAllah.